PLEASE CLICK

wow...diskaun hebat!!!

Friday, March 22, 2013

Diet yg bahaya!!!!! Herbalife Kangar takoootttt

Salam buat warga Kangar....warga Malaysia...warga dunia.....Herbalife Kangar disini....
hari ni saya terpangil untuk cerita tentang diet terlalu rendah kalori......sgt terkesan bila ada yg cuba tiru cara herbalife diet...tapi hanya guna susu biasa...yg sgt rendah nutrisinya.....tapi guna cara herbalife......hati-hati ya.....

saya ambil ini dari rakan blogger...izieherbs...perkongsian berilmiah ni pasti boleh bantu rakan2 ya...

http://www.izieherb.net/faddietpaksa.htm

Fad Diet



Apakah 'fad diet'?

'Fad diet' adalah pelan diet yang menjanjikan penurunan berat badan yang cepat dan biasanya diikuti oleh mereka yang terdesak untuk mengurangkan berat badan. Biasanya ‘fad diet’ adalah tidak sihat, tidak seimbang dan  kemungkinan besar mempunyai kesan sampingan.

Bagaimana 'fad diets' berfungsi?

'Fad diet' tidak boleh membentuk tabiat makan secara sihat. Sesetengah 'fad diet' tidak menghilangkan lemak, tetapi hanya menghilangkan air sahaja. Kebanyakan 'fad diets' meningkatkan penghasilan urin yang menggalakkan pembuangan air melalui air kencing. Dengan cara ini, badan akan kehilangan air serta vitamin dan mineral yang penting.
Ada sesetengah 'fad diets' menjadi popular kerana berkesan dalam masa yang singkat. Contohnya, diet tinggi protein dan diet tinggi lemak mencetuskan ketosis dan menyebabkan pengurangan berat badan dalam jangka masa yang singkat. Pengurangan berat badan juga berlaku kerana kesan duretik akibat pengambilan karbohidrat yang rendah, kehilangan air dari badan, penggunaan glikogen dan ketosis. Mereka yang mengamalkan 'fad diet' biasanya akan mengalami pertambahan semula berat badan. 
Sesetengah pelan diet sukar untuk diikuti kerana ianya membosankan dan menghadkan pengambilan sesetengah jenis makanan. Lama-kelamaan anda mungkin akan mengalami pengurangan berat badan, tetapi anda mungkin akan dapati selera makan tidak dapat dikawal  dan ini akan mengakibatkan pertambahan berat badan lebih daripada berat badan asal.
Sesetengah 'fad diets' boleh membahayakan. Diet yang terlalu rendah kalori boleh mengakibatkan keletihan, ketidakselesaan dan kekejangan otot. Kekurangan protein dan karbohidrat pula menyebabkan rasa pening, keletihan dan pelbagai penyakit lain.

Kenapa 'fad diets' popular?

Ramai orang lebih suka mencuba 'fad diet' yang menjanjikan hasil yang cepat  berbanding dengan berusaha mengurangkan berat badan dengan melakukan perubahan jangka masa panjang dalam tabiat pemakanan dan senaman. Strategi pemasaran yang agresif oleh syarikat pengeluar 'fad diet' juga mengambil kesempatan di atas fakta ini.

Jenis Diet

Jenis Diet
Rasional
Risiko
Diet Terlalu Rendah Kalori
Diet Terlalu Rendah Kalori adalah diet yang mengandungi kurang daripada 800 kalori sehari.
Apabila pengambilan tenaga adalah rendah, tubuh akan mendapatkan tenaga yang diperlukan daripada simpanan lemak. Walau bagaimanapun tubuh akan menjadi lebih efisyen dan berfungsi dengan mengguna tenaga yang rendah itu dan kadar metabolisma tubuh akan menurun, juga cenderung untuk menggunakan tisu tanpa lemak daripada otot. 

Diet Terlalu Rendah Kalori dikaitkan dengan pelbagai kesan sampingan dan komplikasi seperti pembentukan batu dalam pundi hempedu, kehilangan jisim otot, ketosis dan peningkatan asid urik dalam darah akibat ketidakseimbangan tenaga. Kematian mengejut boleh berlaku pada pesakit yang mempunyai penyakit-penyakit lain terutama pengambilan kalori kurang daripada 600 kalori sehari.
Diet Rendah Lemak

Menghindarkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak akan mengakibatkan pengurangan pengambilan jumlah kalori harian.

Sesetengah pengikut diet rendah lemak memberi gambaran yang salah seperti menyebarkan mitos bahawa selulit adalah disebabkan oleh bahan toksik dan dengan mengamalkan diet ini boleh  membantu mengurangkan lemak terutama pada peha atau pinggang.
Diet Tinggi Serat

Diet tinggi serat boleh membantu penurunan berat badan kerana ia memberi rasa yang mengenyangkan dengan pengambilan kalori yang sedikit.

Jumlah serat yang disarankan biasanya terlalu tinggi dan boleh menyebabkan  kesan sampingan seperti senak perut (kembung) dan cirit birit. Bagi mereka yang mempunyai masalah sistem penghadaman, ia akan memburukkan lagi keadaan. Pengambilan bran yang banyak akan mengurangkan penyerapan mineral seperti zat besi dan zink.
Diet Tinggi Protein

Pengambilan karbohidrat dihadkan kepada kurang daripada 30 gram/sehari. Pengambilan terlalu tinggi protein dan lemak yang terlalu tinggi melambatkan perut kosong. Ini mengurangkan keinginan untuk makan dan menghadkan pengambilan tenaga.
Diet ini mungkin meningkatkan pengambilan kolesterol dan lemak tepu. Diet ini juga kurang kandungan serat daripada sumber berasaskan karbohidrat, terutamanya bijirin penuh daripada tumbuhan.Pengamal diet ini mungkin mengalami sembelit dan fungsi kognitif yang terjejas.  Pengambilan protein yang tinggi meningkatkan paras asid urik dalam buah pinggang dan berisiko untuk pembentukan batu dalam buah pinggang.
Nasihat

Anda tidak sepatutnya mencuba 'fad diet' tanpa mendapat nasihat daripada doktor. Jika anda merasa sesuatu yang tidak kena, hentikan diet tersebut dengan segera. Anda perlu maklum bahawa tahap keberkesanan amalan ‘fad diet’ adalah tipis dan boleh menyebabkan kesan sampingan.

 

Ini pula saya ambil saranan dari pengguna herbalife

http://cyberslimcenter.com/blog/diet-rendah-kalori/

Diet Rendah Kalori

Kalori adalah perkataan yang sinonim untuk individu yang cuba untuk menurunkan berat badan.
Kita juga selalu disarankan untuk mengurangkan kalori dalam hidangan kita. Kita juga pening memikirkan apakah diet rendah kalori yang terbaik untuk kita.

Terlalu Rendah Tak Bagus!
Badan kita tidak boleh menerima perubahan yang terlalu drastik. Jika kita selalunya makan 3,000 kalori setiap hari, tiba-tiba kita amalkan diet rendah kalori sehingga kurang dari 800 kalori sehari, badan kita akan mengalami masalah.
Jika ingin juga mengamalkan diet rendah kalori, kita mesti mendapatkan pemantauan pakar. Diet dibawah 800 kalori sehari hanya boleh dilakukan dalam tempoh masa singkat iaitu 3-6 bulan sahaja.
Jika berlebihan dari tempoh masa ini, diet rendah kalori ini akan membawa kepada implikasi yang tidak baik kepada kesihatan badan kita.

Golongan yang Biasanya Amal Diet Rendah Kalori
Biasanya, individu yang mengalami masalah berat badan yang serius sahaja digalakkan melakukan diet rendah kalori ini. Jika dikira dengan BMI, mereka diukur dengan BMI melebihi 30.
Kanak-kanak, ibu mengandung dan remaja tidak boleh menjalani diet rendah kalori. Ia memberikan banyak kesan negatif kepada mereka.

Berapa Minimum Kalori yang Badan Kita Perlukan?
Setiap individu memerlukan kalori yang berbeza. Ini diukur berdasarkan saiz dan jantina seseorang itu. Untuk mengamalkan diet rendah kalori, kita sepatutnya ambil sekurang-kurangnya 1,200 kalori.
Saya pernah mengamalkan diet rendah kalori ini untuk menurunkan berat badan saya. Dalam seharian saya ambil 2 shake Herbalife dan satu kali hidangan biasa.
Mengikut perkiraan kasarnya, saya ambil;
  1. Shake Herbalife X2 = 250 kalori X2 = 500 kalori
  2. Makanan Biasa (Ayam, Sayur, Nasi) = 900 kalori
  3. Buah (1-2 hidangan) = 100 kalori
Jumlah kalori seharian saya ialah 1,500 kalori.
Dibandingkan dengan corak pemakanan saya sebelum itu;
  1. Roti Canai X2 = 250 kalori X2 = 500 kalori
  2. Makanan Biasa (Ayam/Ikan, Sayur, Nasi) X2 = 900 X 2 = 1,800 kalori
  3. Buah (1-2 hidangan) = 100 kalori
  4. Air manis (1-2 cawan) = 150 kalori
Jumlah kalori sebelum diet rendah kalori saya ialah  2,550 kalori.
Hasilnya saya berjaya kurangkan 16kg dalam masa 2 bulan setengah.

Kesan Sampingan Diet Rendah Kalori
Saya tidak mengalami sebarang kesan sampingan. Saya mengamalkan meminum air yang banyak sepanjang diet rendah kalori saya. Air yang banyak akan membantu badan saya mengadaptasi dengan perubahan yang saya lakukan.
Lagipun, diet rendah kalori saya tidak begitu drastik berbanding diet rendah kalori yang lain.
Namun begitu, bagi individu yang mengamalkan diet rendah kalori yang melibatkan pengurangan kalori sehingga kurang dari 800 kalori seharian, mereka akan mengalami kesan sampingan berikut;
  • Pening-pening
  • Rasa kurang bertenaga
  • Loya-loya
  • Cirit-birit
  • Sembelit
Kesan sampingan ini biasanya berlaku pada peringkat permulaan diet rendah kalori. Kemudian, badan akan mula proses adaptasi dan kesan sampingan ini akan mula hilang.

Cara Diet Rendah Kalori
Cara sebenarnya ialah dengan mengantikan makanan kita dengan makanan gantian. Makanan gantian ini boleh membawa 2 maksud, iaitu;
  1. Makanan yang sihat
  2. Supplement
Supplement biasanya memberikan khasiat yang badan kita perlukan dalam kadar yang cukup dan seimbang. Seimbang pula membawa maksud cukup segalanya.
Manakala makanan sihat pula adalah seperti sayuran, buah-buahan dan sebagainya.
Ada yang salah tafsir, diet rendah kalori bagi mereka ialah mengurangkan makan. Mereka tidak makan malam contohnya.
Tafsiran ini silap. Jika kita tidak makan, kita akan mengalami reverse effect dimana metabolisma kita menjadi perlahan. Inilah perkara yang tidak mahu berlaku untuk kita sama ada kita dalam diet atau tidak.
So, diet la seimbang...bagaimana...tanya saya bagaimana ya
Izzuddin Jaladin 
Herbalife Independent Distributor 
012-2526385

No comments:

CLICK TO DONATE FOR ME