PLEASE CLICK

wow...diskaun hebat!!!

Showing posts with label herbalife kedah. Show all posts
Showing posts with label herbalife kedah. Show all posts

Thursday, February 11, 2016

10 super food yang anda perlu untuk membina otot & membuang lemak.



Untuk membina otot & membuang lemak, anda memerlukan pelbagai protein, sayur-sayuran, buah-buahan, karbohidrat, dan lemak yang sihat.Protein membantu membina & mengekalkan otot. Tetapi ia juga membantu membuang lemak. Lemak juga membantu membuang lemak Buah-buahan & sayur-sayuran mengandungi vitamin & mineral, perlu bagi pemulihan daripada latihan anda. Dan karbohidrat menjana otot anda supaya anda berasa penuh tenaga di gimnasium.

10 makanan super yang anda perlu untuk membina otot & membuang lemak.

 1. Telur. 
Kaya dengan protein: 7g / telur.
 kuning telur mengandungi kebanyakan nutrien: separuh protein, vitamin A / D / E dan kolesterol untuk meningkatkan tahap testosteron anda secara semulajadi.

 2. Fish Oil.
Mengurangkan keradangan (sendi / kulit), merendahkan lemak badan dan meningkatkan tahap testosteron. Anda perlu 9000mg EPA / DHA setiap hari.

 3. Salmon Liar.
Salah satu sumber terbaik omega-3 asid lemak yang juga membawa anda protein 20g per 100g hidangan.

4. Berries.
antioksidan yang kuat yang menghalang penyakit kanser, jantung dan mata.

5. Yogurt.
Mengandungi bakteria yang meningkatkan kesihatan sistem pencernaan anda.

6. Benih Flax. 
Sumber serat, protein & omega-3.

7. Extra Virgin Olive Oil.
70% lemak monotaktepu yang melindungi daripada penyakit jantung dan kanser. Tambah 1-2 sudu besar minyak zaitun untuk salad anda.

8. Kacang . 
Mengandungi mono- & politaktepu lemak, protein, serat, vitamin E, zink, kalium, magnesium, dan lain-lain

9. Red Meat.
Protein, vitamin B12, besi heme, zink, creatine, carnosine

10. Brokoli.
Tinggi dalam fitokimia melawan kanser dan indoles anti-estrogenik. Brokoli juga tinggi dengan serat larut dan rendah kalori, membantu membuang lemak.

Anda bolehlah menambahkan makanan-makanan ini di dalam hidangan ada setiap hari kerana sedikit perubahan pada diet harian akan membantu menambah otot dan membuang lemak, seterusnya mengekalkan berat badan serta kesihatan.

Izzuddin Jaladin
Health n fitness coach

Wednesday, October 15, 2014

Cerita tentang protein

         

   Assalamualaikum,apa khabar pembaca blog sekalian, hari ini saya akan bercerita serba sedikit tentang protein.
              Sentiasa kita lihat sekeliling kita orang mempromosikan protein untuk turunkan berat badan. Tetapi sebenarnya protein adalah lebih penting daripada setakat menjaga penampilan dan menaikkan otot

KEPERLUAN SEMUA  ORANG
            Protein adalah komponen utama dalam setiap sel badan. Terdiri daripada 25 asid amino yang dikenali sebagai bahan bina asas bdn kita. protein disimpan di dalam otot dan organ badan.Protein sangat diperlukan untuk membina dan memperbaiki tisu badan. Juga pembentukan enzyme dan hormon. protein berada dalam golongan makronutrien.
           Kurang pengambilan protein boleh menyebabkan otot berkurang,immunity rendah dan boleh mnyebabkan kegagalan jantung dan sistem pernafasan.
          Keperluan badan adalah sepatutnya 10% hingga 35% dari pengambilan kalori seharian.

KESAN PROTEIN PADA BERAT BADAN
          Populariti diet protein tinggi adalah kerana kemampuan protein untuk mengawal kelaparan. Apabila protein diserap, ia menghantar signal ke otak untuk menurunkan rasa lapar. Satu lagi kelebihan protein adalah ia meningkatkan kadar metabolisma masa rehat (RMR) dengan mengekalkan kadar otot.
         Apabila umur meningkat, kadar otot menurun tanpa senaman. jadi dgn kekal cergas adalah kunci membakar lemak dan kekalkan kadar metabolisma pada kadar yang tinggi.Protein juga membantu mengurangkan kadar lajunya naik turun gula dan insulin. jadi anda akan dapat elakkan 'gula naik turun' selepas mengambil makanan manis tanpa cukup protein.

SUMBER PROTEIN
        Anda boleh dapatkan sumber protein tanpa lemak tepu yang tinggi. Contohnya: kacang soya,kekacang dan wholegrain membekalkan sumber protein tanpa banyak lemak tepu dan penuh fiber serta micronutrien. Jika anda mencari protein sihat terbaik , anda boleh dapatkan didalam Herbalife Formula 1 shake, ianya protein berkualiti rendah kalori tanpa tambahan lemak.
       Produk herbalife secara peribadi disesuaikan dgn keperluan protein badan anda. Dgn variasi perisa dan snek, Program Pengurusan berat badan akan membantu mengekalkan dan membina otot. Sekarang anda sudah faham?Anda kini mampu untuk menambah baik diet anda untuk membentuk kehidupan yang lebih sihat.

CONTOH MAKANAN BERPROTEIN TINGGI(gram)

Produk Tenusu
Telur putih ,7 biji = 25 gram
Cottage cheese 1 cawan= 28gram
Yogurt tanpa lemak bebas gula  1 cawan = 15 gram
Susu tanpa lemak 1 cawan = 10 gram

Daging
daging lembu tanpa lemak 85 gram = 25 gram
dada ayam tanpa lemak 85 gram = 25 gram

Ikan
ikan laut 113 gram = 25~31 gram
udang, ketam, lobster 113 gram = 22~24 gram
tuna dlm air 113 gram = 27 gram

Kekacang(di masak)
kacang shandong 1/2 cawan = 7 gram
lentil 1/2 cawan = 9 gram
Quinoa 1/2 cawan = 6 gram
tauhu 1/4 blok = 7 gram

HERBALIFE FOOD
Formula 1 shake with non fat milk one serving = 18 gram
protein bar 1 bar = 12 gram


Semua maklumat ini adalah translasi saya sendiri dari sumber : Protein 101, david heber M.D. Phd

jika ada kesalahan terjemahan saya mohon maaf kerana banyak menggunakan ayat sendiri, harap perkongsian ini mampu membantu anda memahami kenapa protein sgt penting dlm kehidupan kita seharian . Saya sendiri telah menggunakan herbalife 2 tahun......kesan yang saya dapat amatlah memuaskan hati saya....pembelajaran tentang real food di sekeliling kita...pemilihan makanan berprotein tinggi membezakan badan bertenaga dan tegap berbanding badan yg lembik dan tidak bertenaga.
Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultansi pengurusan berat badan. Saya Adalah coach anda.

Izzuddin jaladin
0122526385





CLICK TO DONATE FOR ME